Tuesday, 24 August 2010
Monday, 23 August 2010
Cahaya Permata
Cahaya Permata (Majalah Wanita)
Tajuk: Cahaya Permata
Jangkamasa: 30 minit x 26 episod
Bahasa: Bahasa Malaysia
Penonton Sasar: Wanita & Kanak-kanak
Siaran: RTM
Konsep Asal dan Skrip: Ruslie Sophian
Konsep:
Pendidikan dan Penjagaan Anak-anak Dalam Keharmonian Rumahtangga.
Mesej:
4. Memberi tips dalam pengurusan kewangan
keluarga.
5. Tips penyedian makanan seimbang untuk
anak-anak.
6. Senario anak-anak terbiar dan anak-anak di rumah yatim.
7. Menjana pemikiran positif kepada wanita dalam
mendidik kanak-kanak.
Format:
Pogram ini mengandungi 26 episod.
Setiap episod dibahagikan kepada 3 segmen.
Segmen 1:
Penjagaan dan pendidikan anak-anak masa kini, bermula daripada bayi sehingga membawa mereka ke alam pra-persekolahan dan seterusnya ke sekolah rendah hingga tamat pendidikan sekolah menengah. Dari penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang baik ia akan membawa kepada keharmonian institusi keluarga.
Segmen 2.
Menyentuh tentang permakanan (nutrition) yang merupakan aset penting dalam pembesaran kanak-kanak demi kecergasan fizikal dan minda. Permakanan yang sempurna dan seimbang akan memberikan kesihatan yang baik kepada kanak-kanak dari proses mereka membesar.
Segmen 3.
Mengupas pengurusan kewangan dalam menjaga serta mendidik dan membesarkan anak-anak dari peringkat bayi sehingga ke alam remaja. Dengan perbelanjaan terancang, ia membina keharmonian keluarga. Secara tidak langsung juga ia akan mendidik anak-anak berjimat cermat.
Pengacara dan Tetamu Undangan.
1. Seorang pemngacara wanita akan mengendalikan
program ini.
Setiap episod kami akan menjemput seorang pakar mativasi, pakar nutrisi, profesional atau orang yang bertanggung jawab dalam mendidik kanak-kanak dan berbincangan isu penjagaan kanak-kanak, permakanan dan urusan kewangan keluarga dalam mencapai keharmonian rumahtangga.
Seorang tetamu wanita memberi tips petua nenek.

- Memaparkan kewibawaan wanita dalam mendidik dan menjaga anak-anak.
- Memberi info berkaitan pendidikan dan penjagaan anak-anak masa kini.
- Mengutamakan nilai-nilai murni dalam keharmonian keluarga.
4. Memberi tips dalam pengurusan kewangan
keluarga.
5. Tips penyedian makanan seimbang untuk
anak-anak.
6. Senario anak-anak terbiar dan anak-anak di rumah yatim.
7. Menjana pemikiran positif kepada wanita dalam
mendidik kanak-kanak.
Format:
Pogram ini mengandungi 26 episod.
Setiap episod dibahagikan kepada 3 segmen.
Segmen 1:
Penjagaan dan pendidikan anak-anak masa kini, bermula daripada bayi sehingga membawa mereka ke alam pra-persekolahan dan seterusnya ke sekolah rendah hingga tamat pendidikan sekolah menengah. Dari penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang baik ia akan membawa kepada keharmonian institusi keluarga.
Segmen 2.
Menyentuh tentang permakanan (nutrition) yang merupakan aset penting dalam pembesaran kanak-kanak demi kecergasan fizikal dan minda. Permakanan yang sempurna dan seimbang akan memberikan kesihatan yang baik kepada kanak-kanak dari proses mereka membesar.
Segmen 3.
Mengupas pengurusan kewangan dalam menjaga serta mendidik dan membesarkan anak-anak dari peringkat bayi sehingga ke alam remaja. Dengan perbelanjaan terancang, ia membina keharmonian keluarga. Secara tidak langsung juga ia akan mendidik anak-anak berjimat cermat.
Pengacara dan Tetamu Undangan.
1. Seorang pemngacara wanita akan mengendalikan
program ini.
Setiap episod kami akan menjemput seorang pakar mativasi, pakar nutrisi, profesional atau orang yang bertanggung jawab dalam mendidik kanak-kanak dan berbincangan isu penjagaan kanak-kanak, permakanan dan urusan kewangan keluarga dalam mencapai keharmonian rumahtangga.
Seorang tetamu wanita memberi tips petua nenek.
Saturday, 21 August 2010
Rampai Bicara
Dua hari sebelum puasa aku ke JPJ di Padang Jawa untuk berjumpa dua orang ejen insuran kereta yang berniaga insuran di depan pintu pejabat JPJ.
Ini kerana 3 hari sebelum itu aku ada beli insuran kereta aku dari mereka. Yang si-lelaki minta pakai hanfon aku untuk check NCD. Bila dah dapat confirmation ada 55% NCD, si-perempuan dengan laptop nak double check on-line pula.
Kemudian katanya NCD aku tak valid dan aku perlu bayar penuh premium insuran termasuk loading yang agak tinggi. Malas nak fikir panjang, aku bayar aje dan terus masuk ke pejabat JPJ renew roadtax kereta aku.
Balik ke rumah, aku rasa tak puas hati lalu check on-line. Confirm NCD aku valid. Itu sebab aku pergi semula ke JPJ untuk berjumpa mereka. Tapi sebelum jumpa mereka, aku cuba risik kat pondok insuran tepi jalan nak masuk ke JPJ. Kata kakak ejen itu, biasanya loading tak adalah tinggi macam yang dua orang tu dah charge aku. Dah sahlah rasanya aku tertipu.
Lalu aku pergi berjumpa kedua orang ejen itu. Si-lelaki bila tengok aku datang, muka dia dah berubah. Si-perempuan cuba control ayu....tapi nada suaranya agak tersekat-sekat. Bila aku tanya pasal NCD, katanya nanti mereka check dengan HQ dan akan contact aku balik.
Tapi ni dah tengahan puasa, aku masih belum terima call dari mereka. Aku bagi tempuh hingga hujung minggu ini, kalau tak ada khabar berita juga, maknanya mereka sendiri tabur pasir ke dalam periuk nasi mereka.
On the way balik, singgah kat stadium Shah Alam jumpa Simon Ong, kawan lama sedang conduct defensive driving kepada sekumpulan staf dari Carrier Air-Cond.
Sazili, Roland, Azizan dan Chew, veteran litar lumba Batu Tiga ada sama sebagai tenaga pengajar.
Aku diberi kebenaran untuk merakamkan gambar-gambar mereka.
Inilah wajah-wajah staf Carrier yang menjalani latihan memandu itu.
Meskipun pada mulanya mereka nampak takut-takut, tapi selepas itu tenaga pengajar pula yang takut pada mereka.
Apa tidaknya! Bila masing-masing dah tahu cara nak kontrol kereta, semua mula tunjuk berani.
Ini satu latihan yang amat berharga buat mereka. Dari defensive driving, dah ada yang masuk advance driving pula.
Semangat memandu mula berkobar-kobar!
Ini Khairul Iwan, tenaga pengajar yang paling muda. Bila dia kenal aku dan aku kenal dia....senang cakap bila kami dah kenal satu sama lain, kami bersalam buat kali kedua dan hampir menitis air mata.
Ini memang satu nostalgia. Nanti aku cerita kemudian hari pasal ni!
Hari ketiga puasa, pergi ziarah kubur arwah bonda aku di Kinrara. Tanam pokok bunga siantan, kemudian baca surah Yassin.
Selepas itu ke kubur arwah bonda mertua aku pula di USJ 21.
Tengok batu nisannya nampak hidup, cantik dan berseri. (Batu yang aku ambil dari sungai tempat camping di Slim River).
Sebelah petangnya pula buat pertama aku ke bazar Ramadhan di Metro, USJ.
Orang sibuk membeli kueh buka puasa, tapi aku sibuk rakam gambar.
Sekarang dah pukul 10.00 pagi, dari malam tadi belum tidur lagi....nak rehatkan diri sekejap nanti kita sembang lagi.

Friday, 13 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)