Friday, 18 February 2011

AJK Swam Melenting Di Galeri Shah Alam

Betul ke AJK SWAM dah melenting kat Galeri Shah Alam? Kenapa dia melenting?

Kalau betul...ini dah sah jadi satu cerita yang tak akan basi-basi! Umpama tempe yang nak dieskpot ke Colorado, ia dibungkus rapi dan dimasukkan ke dalam kotak freezer dah tentu boleh tahan lama dan begitu jugalah dengan cerita AJK SWAM melenting ini!

Ceritanya terjadi ketika perasmian pameran solo Zainal Buang Hussein di Galeri Shah Alam pada 17hb Feb 2011. Aku seperti biasa bila dapat apa-apa jemputan memang tak suka tiba lewat. Tambah pulak jemputan daripada Zainal Buang sendiri. Dia tu sifu aku dan aku juga sifu dia...!!

Satu jam sebelum acara bermula aku dan orang rumah dah sampai di Galeri Shah Alam. Kami berdua tetamu yang paling awal. Lebih kurang dalam 15 minit kemudian tibalah seorang lagi tetamu. Seorang lelaki pertengahan umur berambut panjang berwarna puteh datang duduk di kerusi sebelah aku. Kami berkenalan. Dia kenalkan namanya JS.

Sebaik dia tahu aku ini seorang penulis skrip, dia terus tanya, "Awak tak masuk SWAM?"

Aku jawab aku tak minat masuk SWAM.

Bila dia tanya lagi kenapa, aku terus berhujah yang SWAM sejak ditubuhkan dengan Wahid Nasir selaku presiden pertama dan kemudian bertukar pula pada Mak Nani, Datuk Yusof Haslam dan kini Pak Mail, apa mereka dah buat untuk SWAM dan ahli-ahlinya? Kosong...zero...tak ada apa-apa. SWAM sendiri tidak diikhtiraf oleh stesyen TV. Sape tak masuk SWAM pun skrip mereka tetap diterima oleh stesyen TV. Jadi buat apa masuk persatuan kalau persatuan itu tidak diitkhtiraf oleh stesyen?

Lalu dia mempertahankan bahawa sepatutnya ahli-ahli yang sepatutnya bertindak membawa perubahan dan pembaharuan kepada sesebuah persatuan.

Aku kata tidak! Awak salah! Sepatutnya presiden yang uruskan semua itu. Tapi kalau presiden hanya pentingkan diri sendiri dan ahli-ahlinya pula bukan terdiri daripada penulis skrip, ke mana arah tujuan persatuan itu?

Aku pula jenis bercakap lepas. Lalu aku tuduh yang AJK ada dalam SWAM pun bukan penulis skrip. Semuanya dikutip dan dipungut oleh presiden demi mempertahankan kedudukan dia sebagai presiden.

Maaflah, ya! Aku pun tersalah cakap. Rupa-rupanya dia AJK SWAM.

Dia terus melenting dan mempertahankan SWAM. Kelangsungan dari situ dia pula buka cerita tentang Gabungan Bebas Penulis Skrip yang cuba merampas kuasa dalam SWAM dan dilemparkan bagai-bagai tuduhan kepada orang-orang dari GBPSM.

Di sini dia pula tersalah cakap kerana dia sendiri tidak tahu bahawa aku adalah salah seorang daripada orang GBPSM.

Lalu aku cabar dia. "Dengan saya minta maaf. Kalau nak bertegang urat saya sanggup dan kalau beradu tenaga....senang kata kalau nak bertumbuk pun saya sanggup".

Tapi sayang. Perbualan rancak kami terhenti apabila ramai tetamu mula sampai.

Tapi isteri aku bagitahu yang dia ini semasa bertegang urat dengan aku tadi telinganya merah.

Rasa-rasanya memang dia marah pada aku. Sebab aku pun perasan dia asyik pandang aku atas bawah.





4 comments:

  1. Memperkecilkan tujuan GBPSM dan juga peneraju GBPSM membuatkan saya naik angin sikit.

    ReplyDelete
  2. Salam
    ya betul wajib ditegakkan.yang tak betul dibanteras
    tahniah!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih jinkamen! Perjuangan kita ialah membantu penulis2 skrip yang teraniaya!

    ReplyDelete