Sunday, 24 July 2011

Adi Haslam Perlu Tajaan

Petang tadi aku terima panggilan hanfon daripada Adi Haslam. Katanya berita dia dapat tajaan sebuah kereta Kia Picanto tajaan Naza Kia Malaysia hari ini keluar kat surat khabar.

Tetapi masalahnya dia masih perlukan tajaan wang ringgit dalam menyertai perlumbaan kereta kategori OKU iaitu K4GP Malaysia 4-Hours Challenge di litar Sepang pada bulan Disember.


Perlumbaan itu nanti akan disertai oleh Adi Haslam dan Ras Adiba Radzi yang akan memandu kereta tajaan Naza Kia dalam kategori OKU.

Kepada syarikat-syarikat penaja yang berminat untuk menaja, bolehlah hubungi Adi Haslam Motorsports.

Sunday, 17 July 2011

Beruk Peram Durian

Sejak kawasan hutan semakin banyak diteroka menjadikan ladang-ladang, binatang-binatang buas termasuk beruk semakin sukar mencari makanan.

Dalam usaha mereka mendapatkan makanan, maka ladang-ladang buah-buahan menjadi mangsa serangan mereka.

Ini termasuklah ladang durian aku yang terletak di pinggir hutan.

Durian-durian di atas pokok yang hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi habis digugurkan oleh mereka. Ada yang dah masak dan banyak yang masih belum masak lagi.

Mana yang belum masak lagi, mereka akan tinggalkan dulu di situ dan akan datang balik untuk makan setelah tiba masa nanti.

Ini seperti mereka peramkan dulu buah itu. Setelah masak nanti mereka akan datang beramai-ramai untuk menjamu hidangan yang mereka peram itu.





Sunday, 10 July 2011

Jasa R.Kalimuthoo Wajar Dibantu!!

Tampalan ini diambil daripada blog 'Bersama Mazidul' http://mazidulakmal.com

Dia kelihatan terlalu uzur, tangan kanannya menggeletar tanpa henti dan dia mengadu kakinya tidak mampu untuk digerakkan secara sempurna berbanding sebelum ini.

"Dia unik bang, sudah ada 6 Perdana Menteri, dia masih ada lagi," ujar menantunya.

Pantas saya merakamkan wajah lelaki itu.


Kini dia berusia 86 tahun dan untuk rekod, dia bukan bekas artis atau ahli perniagaan berjaya. Namanya R. Kalimuthoo, dilahirkan Estet Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka pada tahun 1925.

"Tarikh lahir uncle bila?," soal saya sewaktu duduk di sebelahnya.

Lama dia berfikir dan kemudian tersenyum.

"Sudah tualah, tak ingat," ujarnya.


Setiap kali saya mengajukan soalan kepada ayah 16 anak itu, jawaban dilontarkannya kerap tersasar.

Warga emas itu kini tinggal bersama anaknya di Pangsapuri Seri Jinjang, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur bersama anaknya. Beberapa kali ahli keluarganya berbahasa Tamil cuba memberikan panduan untuk dia menjawab pelbagai soalan saya lontarkan.

Saya kemudian memegang bahu menantu Kalimuthoo dan berkata ...

"Tak apa, dia sudah tua, bukan semua dia ingat. Kita pun bila tua nanti, macam itu juga"


"Take the bag for me please," katanya berulang kali kepada ahli keluarga.

Untuk rekod, Kalimuthoo amat fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Setelah beg dipinta dikeluarkan dari bilik berhampiran, pantas kru saya mengeluarkan kandungan beg terbabit.

Selain jurukamera, Ahmad Fadillah Abd Aziz, liputan dibantu Shaikh Ahmad Fauzi Shaikh Said dan wartawan pelatih Mohd Izzul Iswat Mohd Azman (kiri).


"Itu beg is just like full of jewelleries to him, so precious," jelas menantunya.



Saya faham, pada usia hampir satu abad, dia dimamah zaman. Tubuhnya lemah, telinga kurang mendengar manakala mata semakin kabur, tidak seperti sewaktu gambar di bawah dirakamkan di rumah di Jalan Ayer Rajah, Pulau Pinang.


"Dulu masa saya kerja (sebelum tahun 1957), gaji 60 ringgit satu bulan tetapi masa itu 60 ringgit sudah banyak," katanya tenang.

Dia bersara sebagai kakitangan kerajaan pada tahun 1990.


Kini Kalimuthoo uzur dan ternyata tidak hidup senang, jauh sekali mewah, dia sekadar menumpang belas di rumah anak. Namun di sepanjang temubual, tidak sekalipun dia menyuarakan kisah kesukaran dan keperitan hidup dilaluinya sebagai pesara.

"Saya dapat pencen RM480 sahaja," katanya.

Saya difahamkan, Kalimuthoo tidak makan nasi, dia gemar menjamah hidangan roti dan keju, makanan kegemaran bekas majikan, 21 tahun telah pergi meninggalkannya.

Siapa Kalimuthoo?

Untuk mengetahui identitinya, bersama kita teliti kandungan beg, khazanah amat berharga buat dirinya. 

Sila klik imej di bawah, imej dirakamkan Mohd Izzul Aswat.


"Saya mula mula jadi pemandu official Tunku masa umur 18 tahun, gaji RM400, tahun 1943 dan bersara selepas Tunku meninggal dunia, tahun 1990. Tunku orang baik, dia memang tolong semua bangsa, Melayu, Cina dan India. Kemana Tunku pergi, saya mesti bawa dia dan jaga dia. Sebelum saya dapat lesen Revolver, Tunku bagi saya pegang senjata, dia bila keluar dari kereta. Saya cakap, Tunku, saya tak ada lesen, dia cakap, tak apa, saya ada," jelasnya.



Kalimuthoo kemudian diberikan lesen memiliki senjata api pada tahun 1970 untuk menjaga keselamatan Tunku secara rasmi.

Tidak terpancul dari mulutnya untuk menuntut anugerah 'Datuk', jauh sekali 'Tan Sri' tetapi tidakkah wajar sewaktu dia menghabiskan sisa hidupnya, Kalimuthoo dibantu? 

Dengan pencen RM480 sebulan, mampukah dia dirawat secara sempurna dan hidup lebih selesa?


Sebelum ini Kalimuthoo menyewa rumah di Kulim, Kedah dan pernah menyuarakan hasratnya untuk memiliki rumah sendiri.


Terfikir, jika Perdana Menteri Malaysia pertama mengakui ketaatan Kalimuthoo sebagai pemandunya selama 47 tahun, tidakkah kerajaan terkini terbuka hati untuk menunaikan permintaan Kalimuthoo?

Barangkali itu permintaan terakhirnya sebelum dia menutup mata sekaligus membawa bersama sejarah kemerdekaan negara sentiasa abadi di dalam jiwanya.


Jam 6.30 petang tadi, jiwa saya terusik syahdu, ketika Kalimuthoo melaungkan 'medeka!' dengan bersemangat sebanyak 3 kali. Perkataan keramat pernah dilaungkan majikannya, Tunku Abdul Rahman 54 tahun lalu di Dataran Merdeka.

Sila sebarkan tampalan ini, semoga ada pihak membuka mata sekaligus menunaikan permintaan Kalimuthoo.

Terima kasih.

Wednesday, 6 July 2011

'Janji' Filem Pendek

Penggambaran filem pendek pada hari Isnin lalu di Kampung Tasik Aman, Puchong.

Filem arahan Chinta Damai di bawah dana FINAS yang mana akan dihantar ke luar negara untuk Festival Filem Pendek Dunia.









Saturday, 2 July 2011

Bara Esplanade Tutup Jualan

Adalah dimaklumkan mulai sekarang e-novel ‘Bara Esplanade’ sudah ditutup jualannya di blog ini.
Sekiranya ada tempahan melalui blog ini atau link daripada beberapa blog lain selepas ini sudah tidak diterima lagi.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pembeli yang sudah mendapatkannya pada harga istimewa tempuh hari. Selamat membaca kepada anda yang bernasib baik.

Bagaimanapun, kepada mereka yang ingin mendapatkannya, anda masih ada peluang membeli ‘Bara Esplanade’ melalui link affiliate saya selepas pelancaran rasmi dalam masa terdekat nanti.
Saya harap anda jangan lepaskan peluang kerana jualan melaui link affiliate juga adalah dalam tempuh yang agak terhad.

Tunggu hari hari pelancarannya. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ‘Bara Esplanade’ yang penuh nostalgia dengan adegan-adegan panas di litarlumba Batu Tiga dan litarlumba Esplanade, Penang yang kini sudah lenyap ditelan arus pembangunan.

Berikut ialah ulasan daripada seorang penulis novel popular masa kini:

“Mengenengah isu-isu yang agak jarang ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini. Litar Lumba Esplanade, Litar Lumba Shah Alam dan teknik-teknik perlumbaan kereta, membuat kita seperti berada di lokasi-lokasi tersebut. Bara Esplanade menjadi menarik apabila isu-isu cinta turut diselitkan. Saya yakin Bara Esplanade akan menjadi pilihan pembaca yang khususnya mereka yang sukakan aksi dan lumba kereta. Tahniah kepada penulis Bara Esplanade.” – Indah Hairani Latif.

Jadi…jangan lepaskan peluang! Tunggu hari pelancarannya!