Monday, 7 March 2011

Produser Minta Buat Proposal Free

Lagi-lagi ada produser drama minta buat proposal telemovie, tapi tak nak bayar. Apabila stesyen lulus baru nak bayar untuk siapkan lakonlayar.

Seperti mana posting kat blog utama aku semalam, setiap proposal itu adalah konsep sebuah cerita. Untuk melahirkan sebuah konsep cerita, penulis skrip perlu berkarya. Untuk berkarya melibatkan kos.

Apa tidaknya. Buka computer atau laptop, current letrik berjalan dan TNB charge kita. Dalam mendapat ilham perlu ada pengerasnya....setidaknya segelas kopi 'O' dan bagi yang merokok dah sah kena sedut beberapa batang rokok dulu, baru idea datang. Semua itu kena duit, bukan percuma.

Tapi sikap produser tetap bebel, macam tak faham-faham! Suruh kita buat, tapi tak reti-reti nak hulur! Dahlah proposal cerita itu ada berkait politik, ini dah sah dia dapat bajet politik. Tapi kalau dah dalam bajet politik, takkan tak ada bajet nak hulur-hulur sikit pada penulis!

Aku dah bagi message pada orang kanannya, ada upfront baru aku buat. Kalau tak ada apa-apa...jawabnya aku takkan bagi apap-apa proposal.

Wait and see lah apa tindakannya nanti.... 

Friday, 18 February 2011

AJK Swam Melenting Di Galeri Shah Alam

Betul ke AJK SWAM dah melenting kat Galeri Shah Alam? Kenapa dia melenting?

Kalau betul...ini dah sah jadi satu cerita yang tak akan basi-basi! Umpama tempe yang nak dieskpot ke Colorado, ia dibungkus rapi dan dimasukkan ke dalam kotak freezer dah tentu boleh tahan lama dan begitu jugalah dengan cerita AJK SWAM melenting ini!

Ceritanya terjadi ketika perasmian pameran solo Zainal Buang Hussein di Galeri Shah Alam pada 17hb Feb 2011. Aku seperti biasa bila dapat apa-apa jemputan memang tak suka tiba lewat. Tambah pulak jemputan daripada Zainal Buang sendiri. Dia tu sifu aku dan aku juga sifu dia...!!

Satu jam sebelum acara bermula aku dan orang rumah dah sampai di Galeri Shah Alam. Kami berdua tetamu yang paling awal. Lebih kurang dalam 15 minit kemudian tibalah seorang lagi tetamu. Seorang lelaki pertengahan umur berambut panjang berwarna puteh datang duduk di kerusi sebelah aku. Kami berkenalan. Dia kenalkan namanya JS.

Sebaik dia tahu aku ini seorang penulis skrip, dia terus tanya, "Awak tak masuk SWAM?"

Aku jawab aku tak minat masuk SWAM.

Bila dia tanya lagi kenapa, aku terus berhujah yang SWAM sejak ditubuhkan dengan Wahid Nasir selaku presiden pertama dan kemudian bertukar pula pada Mak Nani, Datuk Yusof Haslam dan kini Pak Mail, apa mereka dah buat untuk SWAM dan ahli-ahlinya? Kosong...zero...tak ada apa-apa. SWAM sendiri tidak diikhtiraf oleh stesyen TV. Sape tak masuk SWAM pun skrip mereka tetap diterima oleh stesyen TV. Jadi buat apa masuk persatuan kalau persatuan itu tidak diitkhtiraf oleh stesyen?

Lalu dia mempertahankan bahawa sepatutnya ahli-ahli yang sepatutnya bertindak membawa perubahan dan pembaharuan kepada sesebuah persatuan.

Aku kata tidak! Awak salah! Sepatutnya presiden yang uruskan semua itu. Tapi kalau presiden hanya pentingkan diri sendiri dan ahli-ahlinya pula bukan terdiri daripada penulis skrip, ke mana arah tujuan persatuan itu?

Aku pula jenis bercakap lepas. Lalu aku tuduh yang AJK ada dalam SWAM pun bukan penulis skrip. Semuanya dikutip dan dipungut oleh presiden demi mempertahankan kedudukan dia sebagai presiden.

Maaflah, ya! Aku pun tersalah cakap. Rupa-rupanya dia AJK SWAM.

Dia terus melenting dan mempertahankan SWAM. Kelangsungan dari situ dia pula buka cerita tentang Gabungan Bebas Penulis Skrip yang cuba merampas kuasa dalam SWAM dan dilemparkan bagai-bagai tuduhan kepada orang-orang dari GBPSM.

Di sini dia pula tersalah cakap kerana dia sendiri tidak tahu bahawa aku adalah salah seorang daripada orang GBPSM.

Lalu aku cabar dia. "Dengan saya minta maaf. Kalau nak bertegang urat saya sanggup dan kalau beradu tenaga....senang kata kalau nak bertumbuk pun saya sanggup".

Tapi sayang. Perbualan rancak kami terhenti apabila ramai tetamu mula sampai.

Tapi isteri aku bagitahu yang dia ini semasa bertegang urat dengan aku tadi telinganya merah.

Rasa-rasanya memang dia marah pada aku. Sebab aku pun perasan dia asyik pandang aku atas bawah.





Wednesday, 9 February 2011

Gaya Hidup Aktif


The exercise program in the Millennium Park at SS13 will now be on twice a week. The additional session on Wednesday evenings at 7:30pm will hopefully encourage more young people to participate (especially those who are unable to wake up early on 7:30am every Saturday morning). These exercise programs are funded fully by my annual state allocation and ABSOLUTELY FREE for the residents, suitable for all ages and races! Make use of them especially those who have made new year resolutions to exercise and stay healthy – this is for you!
Thank you.
--
Regards,
Hannah Yeoh
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
State Assemblyman
N.31 Subang Jaya
http://www.hannahyeoh.com

Tuesday, 11 January 2011

Car Wash Guna Sabun Murah!

Hati-hati bila hantar basuh kereta kat cash wash!!!

Mereka guna sabun murah sebagai bahan pembasuh!!!

Ini boleh merosakkan warna kereta! Apalagi kalau kereta baru berwarna metalik!







Petang semalam ketika menunggu isteri pergi ke supermarket saya duduk dengar radio kat dalam kereta. Sambil itu saya memerhati pada sebuah bengkel basuh kereta di hadapan saya. Nampaknya semua pekerja sibuk dengan tugas mereka. Pelanggan pula lepas hantar kereta entah ke mana hilang. Ada yang lepak kat kedai kopi tak jauh dari situ. Mereka serahkan seratus peratus percayaan pada budak2 car wash.

Dalam pada budak2 car wash sibuk basuh kereta, seorang lelaki yang dah agak berumur....(mungkin taukeh agaknya)...lalu dekat kereta saya lalu masuk ke supermarket. Sebentar saja dia keluar membawa satu bungkus sabun dalam paket plastik jenis murah di tangannya,

Pada mulanya saya tak perasan sangat! Tapi rupa-rupanya sabun itu dituangkan ke dalam baldi dan digunakan untuk membasuh kereta-kereta pelanggan.

Rupa-rupanya itulah dia 'snow wash' yang dilaung2kan. Kelentung punya 'snow wash'!!! Ini dah sah lambat laung cat kereta akan jadi pudar dan rosak!! Jahanam cat kereta!!

Jadi kepada kawan2 semua harap hati2 kalau hantar basuh kereta kat cash wash! Tapi kalau boleh lebih basuh sendiri ajee!!!   

Thursday, 30 December 2010

Tahniah Harimau Malaya

Akhirnya pasukan bolasepak kita berjaya membenamkam pasukan Indonesia dengan agregate 4-2 dalam kejuaraan Piala AFF Suzuki di Stadium Senayan, Jakarta.

Memang satu tugas yang berat bagi pasukan Indonesia selepas ketinggalan 3 - 0 di Stadium Bukit Jalil sebelum itu. Maka ketibaan pasukan Malaysia 2 hari sebelum perlawanan, provokasi demi provokasi dilakukan oleh peminat-peminat bolasepak Indonesia dalam usaha melemahkan pasukan Malaysia.

Sehinggakan ini mungkin satu sejarah dunia dalam arena bolasepak apabila pasukan Malaysia dibawa masuk ke Stadium Senayan dengan kereta kebal. Ini boleh masuk dalam Guinesse Book of World Record. Pekik sorak peminat-peminat mereka dengan pancaran laser ke muka penjaga gol kita dengan harapan pasukan mereka dapat membenam pasukan kita. Tetapi kesudahannya mereka hanya menang 2 -1 dan mengikut kiraan agregate mereka tewas dan untuk kali ke lapan piala ini Malaysia juara!!

Ketibaan balik pasukan kita disambut meriah di KLCC dengan pengistiharan cuti umum besok. Itu tak termasuk lagi dengan ganjaran yang akan diterima mereka. Pihak media juga cukup memberi liputan.

Jadi bila bercakap pasal liputan media ni...saya cuma berharapkan pemain-pemain kita tidak dibuai oleh keglamouran diri. Nantikan bila dah rasa diri tu mula glamour....mainan pun hancur!!!

Ini dah banyak terjadi pada ahli-ahli sukan kita sebelum ini. Liputan hebat media...diri glamour...mainan hancur!! 

Tuesday, 28 December 2010

Mempertahankan Maruah Negara

Harap sebarkan berita ini kepada semua kawan-kawan.

By defending the dignity of Malaysia and our football team please forward to all the resources trying to defame our beloved country.

As many millions football fans out there, I am against the use of laser beam by fans. This is bad for the sport, players, etc.

As a true Malaysia football fan, I am not here to blame which party but defend Malaysia in some ways. Some people said foreign countries started it, some said Indonesia fans, some said Malaysia fans.

1) Indonesia is not the only victim of laser beam. Other countries were victims when Indonesia and Vietnam were hosting the AFF Suzuki Cup matches.

2) Look at the Indonesia-Malaysia 5-1 win in group match. At 4:05 minute, you can see how laser beam were pointed at Malaysia goalkeeper. Did Indonesia started using laser beam weeks ago?
http://www.youtube.com/watch?v=v6GMwy44jUE

3) For Indonesia-Laos 6-0, no close up view of goalkeepper to be certain.
http://www.youtube.com/watch?v=Wl_ZGvd-Aq4

4) For Indonesia-Thailand 2-1 match, look at the fireworks at 5:16minute, then 5.20minute of laser beam near the Thailand goalkeeper head.
http://wwww.youtube.com/watch?v=1Ed2qm_1P1M

5) Look at the Malaysia-Indonesia final 3-0 win. At 0:23 second, Malaysian player was also being target of laser beam. Did the laser beam came from Malaysia or Indonesia spectators or both? http://www.youtube.com/watch?v=txYIBqZ7Mzs

6) Asian fans are dirty but no single team have walked out and take the law onto their own hands, until Indonesian did.

7) Previous teams which were not happy lodged their complain with organizer and relevant authorities

Monday, 27 December 2010

Masuk Senja Setan Bermaharajalela

Kata orang-orang tua bila masuk waktu Maghrib setan akan bermaharajalela. Dalam remang-remang cahaya ketika matahari terbenam dan beduk mula berbunyi...ketika inilah setan-setan mula 'memainkan' peranan. Kalau boleh tinggalkan apa kerja yang sedang dilakukan dan mulakan langkah ke sungai...perigi atau bilik air untuk berwudhu dan bersedia solat Mahgrib.

Ketika sedang memandu juga sebolehnya cari perhentian dan berhentikan kereta seketika sehingga matahari sudah terbenam. Seelok-eloknya kerjakan solat meskipun terpaksa berwudhu dengan air botol mineral aje.

Memandu pada ketika ini banyak dugaan dan risiko. Tanpa disedari timbul kelalaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Di atas kelalaian ini juga menyebabkan kesemua blog wordpress saya terdelete daripada database petang tadi. Ini kisah benar yang menimpa diri sendiri. Kerana tidak endahkan laungan azan daripada surau berhampiran rumah dan asyik leka nak naikkan satu blog baru dekat cpanel...tiba-tiba jari ini tertekan pada 'remove blog' dan sepantas itu semuanya padam!!!

Bila dihubungi webhosting, memang sah kesemua 10 blog wordpress saya padam...deleted!!! Sekarang usaha sedang dilakukan untuk recover balik dari database dan saya dikenakan bayaran sebanyak US$15.00.

So pengalaman ini memberikan saya ingatan lain kali berhenti kerja bila dengar azan Mahgrib!!