Sunday 30 October 2011

Kelas WordPress di Subang Court 10 http://ezwebpress.info

Friday 7 October 2011

FDAM, SWAM apa sudah jadi?


Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my
2011/10/06

GAFIM beri tunjuk sebab, keahlian IRIM digugurkan

PERSATUAN Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) diberikan surat tunjuk sebab oleh Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) mengenai status Presiden sebagai ketua pemimpin. 

GAFIM memberi surat tunjuk sebab kepada SWAM meminta penjelasan siapa sebenarnya Presiden itu secara rasmi dan sah kerana ketika ini difahamkan persatuan itu mempunyai dua pemimpin.
Presiden SWAM ketika ini ialah Ismail Ahmad tetapi disebabkan pergolakan dalaman yang teruk menyebabkan ahli-ahli hilang kepercayaan kepadanya sehingga dia didesak melepaskan jawatan itu.

Jawatan Presiden dalam SWAM pula dipangku oleh timbalan Presidennya, Mathias Ali. Tapi masih tidak jelas adakah Ismail masih Presiden SWAM yang sah, atau persatuan ini sekarang dipimpin oleh Mathias.

Mengenai FDAM pula, GAFIM juga turut memberikan surat tunjuk sebab atau meminta penjelasan mengenai kedudukan Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London. Ini berikutan ada ura-ura mengatakan Ahmad diisytiharkan muflis dan mengikut perlembagaan dia tidak lagi layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden.

FDAM, persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1990 berperanan memayungi kepentingan pengarah filem dan drama, manakala SWAM yang ditubuhkan pada 1996 memperjuangkan hak penulis skrip untuk filem, kandungan program TV dan radio.
Dalam pada itu, persatuan yang mewakili kepentingan pemuzik masyarakat India tempatan, Persatuan Industri Muzik India Malaysia (IRIM) digugurkan menjadi ahli gabungan dalam GAFIM selepas persatuan ini gagal memberikan jawapan atau maklum balas mengenai status terkini mereka.

Sebagai usaha untuk meningkatkan imej dan integriti, semua persatuan dalam GAFIM juga diminta menghantar maklumat terkini masing-masing merangkumi laporan kewangan, laporan mesyuarat agung dan juga laporan aktiviti persatuan.

Presiden GAFIM, Ahmad Jurey Rosli Latiff berkata, tempoh dua minggu diberikan kepada semua persatuan untuk mengemukakan laporan persatuan masing-masing dalam usaha untuk mengemaskini kedudukan dan perkembangan setiap ahli gabungan ini.

"Dua minggu juga diberikan kepada FDAM dan SWAM untuk menjawab atau menjelaskan kedudukan sebenar surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh GAFIM. Kepada SWAM, kita juga memberikan surat tunjuk sebab kepada dua presiden yang masing-masing dikatakan pemimpin persatuan itu.

"Daripada penjelasan itulah nanti, baru GAFIM putuskan apa tindakan selanjutnya. Begitu juga dengan FDAM.

"Secara keseluruhannya, GAFIM tidak akan mencampuri urusan dalaman setiap persatuan. Itu adalah dasar GAFIM. Apa pun masalah yang berlaku, biarlah ahli jawatankuasa atau ahli-ahlinya yang menyelesaikannya," katanya kepada HIP.

Beliau berkata demikian sebagai susulan kolum Fragmen bertajuk Akibat nila setitik dalam persatuan hiburan yang disiarkan dalam akhbar ini pada 3 Oktober lalu.

Kolum itu mempersoalkan kedudukan dan imej beberapa pemimpin persatuan hiburan dengan menyebut SWAM dan FDAM yang agak kucar kacir dengan status Presiden menjadi tanda tanya. Ini termasuklah dakwaan dari kalangan ahli persatuan itu sendiri mengenai salah laku pengurusan dan kedudukan kewangan oleh Presiden selain kemampuan Presiden dalam mentadbir serta merencanakan aktiviti persatuan.

Jurey berkata, artikel dalam kolum itu memberi impak yang besar kerana ia mempersoalkan kewibawaan atau kredibiliti, integriti dan imej kepada semua pemimpin persatuan industri hiburan.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku Presiden untuk meminta semua ahli gabungan mengemas kini persatuan masing-masing yang membabitkan laporan kewangan, aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan.

“Tidak ada pengecualian sama ada persatuan itu sudah lama ditubuhkan atau baru. Apa yang saya lakukan ini adalah demi menjaga integriti, maruah dan imej persatuan serta mereka yang terbabit dalam industri hiburan secara keseluruhannya,” katanya.

Biar sikit tapi berkualiti

GAFIM tidak teragak-agak untuk membuat tindakan berani dan mungkin kurang popular iaitu menggugurkan mana-mana persatuan yang dianggap mempunyai masalah daripada menjadi ahli gabungannya.

Gabungan itu sebelum ini dianggotai 12 persatuan iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), FDAM, Persatuan Penerbit Program TV Malaysia (PTVM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), SWAM, Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (IRIM).

Bagaimanapun pada Julai lalu, PFM menarik diri daripada GAFIM, manakala dalam perkembangan terbaru, IRIM pula digugurkan daripada menjadi ahli gabungan.

“Apalah ertinya kalau ada ahli ramai tetapi tidak ada intergriti. Biarlah keanggotaan GAFIM sedikit tetapi setiap persatuan mempunyai kewibawaan berintegriti.

“Saya berpendapat itu lagi penting. Sebagai Presiden, saya mahu mengangkat GAFIM dan semua anggota gabungannya memiliki imej, maruah dan dipandang tinggi serta dihormati oleh seluruh masyarakat, daripada kerajaan, media dan kalangan artis itu sendiri,” kata Jurey yang juga Presiden PTVM.

INFO
·  Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia atau ringkasnya GAFIM ditubuhkan pada 11 September 1985 dan didaftarkan secara rasminya sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen & Akta Pertubuhan 1966 pada 14 Oktober 1987.
·  Antara pengasas GAFIM adalah Tan Sri Jins Samsudin, Norshah Tamby, Datuk Ahmad Daud (Allahyarham) dan Datuk A. Rahamn Hassan.
·  Presiden GAFIM yang pertama adalah Jins Shamsudin, manakala Setiausahanya Norshah Thamby.

Sunday 18 September 2011

Perdana Menteri 2 Negara

Sedih, kesal dan marah apabila perdana menteri Bangladesh umumkan bahawa rakyatnya di sini akan diberi kerakyatan dan layak mengundi sekiranya mereka patuh pada kerajaan pemerintah.
Sila baca kenyataan yang dikeluarkan itu. Ini seolah menandakan beliau jadi perdana menteri untuk dua buah negara.


Sejak tersiar kenyataan ini, ke mana aku pergi...rata-rata warga Bangla sudah naik tocang!

Wednesday 24 August 2011

Lailatul Qadr - The Night of Power

LAILATUL QADR = THE NIGHT OF POWER

Allah The Almighty revealed the goodness of Lailatul Qadr in ‘surah’ or chapter Al-Qadr, in the Holy Al Quran. This chapter was revealed in Makkah. Its basic theme is honoring the revelation of this blessed Holy Al Quran.

The Night of Power is a special gift only to our Prophet, his companions and the Ummah i.e.

Muslims, mankind of the Islam faith, after Nabi Muhammad SAW. The night is one, when even the angels in the heavens see as worthy of witnessing. The night is so rich with holiness, as the night is when good deeds are returned, and Allah promises the best of HIS blessings which equals to that of a thousand months, which in essence is equal 83 years and 4 months.

It was revealed the our Great Prophet, Nabi Muhammad SAW was saddened by the fact that his Ummah would not be able to get as much abundance and blessings as those of the earlier time because of our shorter lives. So Allah SWT revealed this Surah to inform that HE had just blessed Rasulullah, his companions and the Ummah with this Honor, Night of Power, “We have indeed revealed it (the Quran), in the Night of Power.” (Al Quran 97:1). [ "We" here means respect and exaltation of the One and Only]

By revealing the Quran in the Night of Power, Allah SWT inaugurated or started its revelation for the beginning of the prophethood, and the Prophet’s mission of Islam began in the month of Ramadhan on that Night. Incidentally, we are also told that the Holy Al Quran was not revealed in one night. Instead it was revealed over the course of 23 years [Ibn Abbas (RAA) said, "The whole Qur'an was revealed to the lower heavens from the protective slate (Lawhin Mahfuz) on the Night of Power, then from there to the earth in the course of 23 years."].

The power word, Al-Qadr, has several implications and meanings. We will briefly look at the relevant implications.

‘Qadr’ implies having power over something. In the case of Allah, the Creator, it is HIS power over HIS creations. Allah’s SWT The All Excellent implies HE is Omnipotent, Almighty, All-powerful and Most Capable. This Night of Power is highly esteemed and Allah in HIS power, promises HIS blessings of over 80 years for the Lailatul Qadr.

It also implies to maintain, appoint, assign or decree an order. Thus, in the Night of Power, Allah SWT proclaims to the angels His commands and orders in regards to the affairs of the universe. This is the essence of Al-Qada Wa Qadar, the fifth article of faith; that Allah has decreed or preordained. Allah has full knowledge of all that the human beings will do with his free will; A man’s decision to act freely in good conscience or bad conscience is all known to Allah SWT, including all the past, present and future.

‘Qadr’ also implies measurement, i.e. all the events of the year will occur in accordance to the exact measurement of what is in the knowledge of Allah. We are told, “Verily, all things have We created in proportion and measure.” (Al Quran, Surah Al Qamar, 54:49)

The Night of Power is also known as the Night of Taqdeer for Allah SWT announces to the angels HIS already decreed commands, rules, events, etc. for the coming calendar year, from the present Night of Power to the next Night of Power. Allah SWT revealed, “We sent it down during a blessed night; We forever wish to warn (against evil). In that (night) is made distinct every affair of wisdom.” (Al Quran, Surah Ad Dhukhan, 44:3-4).

Most scholars believe Allah’s commands and rules are not made on that Night of Power itself. It has already been decreed in the eternity what is known to Allah, but that knowledge is not known to anyone, including the angels, until HE announces it to the angels on that night so that they will record it on the protective slate. This is also the Night of Honor and Prestige which may be awarded to the servant who devotes himself to special deeds, or to the deeds themselves, in the higher value attached to that night.

The Night Is Concealed

The problem pertaining to the exact night on which the honors are attained are not unique to the Night of Power only. Allah SWT in His Mercy, has concealed many things such as:

HIS pleasure from us in all our good deeds so that we will strive in all of them.

HIS wrath from us in all of the sins we commit so that we will avoid them.

HIS most beloved servants, the ‘Awliya, so that we will respect all the believers.

The time of HIS acceptance of our supplications so that we will strive in all our supplications.

HIS greatest name, so that we mention all HIS names.

The time of death so that we will be conscious of HIM and our deeds all the time.

Thus, in HIS GREATNESS, Allah has concealed the exact date of the Night of Power
so that we would double our efforts in the whole month, or at least in the last ten days of Ramadhan. He has also concealed the exact date so as to test the serious and the non-serious. The seriously interested person will search for the night late and in the early hours until he or she attains it, regardless of the hardships.

When Is The Night?

There is evidence that the night comes on the last ten days of Ramadan, specifically on the odd numbered nights. In a report by Bukhari, our Prophet said, “Seek it on the odd nights of the last ten days of Ramadan.” In another incident, The Prophet said, “Seek the night in the last ten days, and if any of you is weak, or can’t observe it, he should not miss the remaining seven days.” In yet another incident, Rasulullah stated, “Seek it on the 29th; it may be on the 27th or on the 25th.” Imam Ibn Hajr in his book, ‘Fathul Bari,’ concurred, “I accept the ruling that the night occurs on the odd nights of the last ten days of Ramadhan, namely the 21st, 23rd, 25th, 27th and/or 29th.”

The fact remains that still no one knows for sure which night is the Night of Power, in any given year. It seems that the night shifts and rotates to different nights from one year to another. It may occur on the 29th in one year, while the next year it will be on the 27th, while on the following year it may fall on the 25th. The only concensus is that it will fall in the final 10 days of Ramadhan.

Seeking The Night

It is recommended for us to seek the night and spend it diligently in devotion, such as performing the night Sunnah prayers or Tahajjud, recitation of Al-Qur’an and supplications. In a hadith related by Abu Hurairah (RAA), Rasulullah said, “He who spends the night in prayer on the Night of Power, as a sign of His faith, and seeking rewards from Allah, his previous sins will be forgiven.” (Bukhari/Muslim)

This citation indicates that regardless of whether a person knows the night or not, Allah will grant him forgiveness for previous shortcomings, as HE stated, “… And what will explain to thee what the Night of Power is?; The Night of Power is better than a thousand months.” (Al Qadr:2-3)

Allah SWT emphasized the significance by putting the second verse in question form. The answer being no one knows, or comprehends, the awesomeness and the depth of honor of the night. Nonetheless, HE mentions the honors of the night such that “The Night is better than a thousand months … and Peace! This (The Night of Power is better than a thousand months) until the rise of Fajr (dawn)”. Thus, it indicates that acts of worship such as prayer, charity, and recitation done on this night are better in rewards than the same act done on other nights.

For the sake of illustration, let us just try to put this down mathematically. If you worship Allah on this night every year for 55 years after attaining your puberty, then you would have 55,000 months to your credit. It is likened to as if you had lived for over 4,500 years, and achieved the rewards of a person who had lived that long and much more.

We are told, “Therein, come down the angels and the Spirit by Allah’s permission, … ” (Al Quran, Al Qadr, 97:4). The angels descend on the Night of Power, group after group; some coming down to earth while others ascend into the heaven. Allah further stated, “…On every errand…” This indicates the angels and the Spirit descend for different purposes: some come down for prostration, some for bowing, and others for supplications for the believers and salutations. Or they come down carrying with them the proclamations of the coming year. What is evidently clear is that the angels will only bring good things on this particular night “…Until fajr, (break of dawn)” (Al Quran 97:5); The heavenly, angelic traffic of blessings will continue until the break of dawn, and the entire honor, blessings and peace of the Night of Power will continue in every second of the night until Fajr.

That is why the devotions are highly encouraged by our Prophet. Indeed, you can achieve the honor of Lailatul Qadr or the Night of Power and reap its maximum benefits if you so wish by spending the odd nights of the last 10 days with acts of worship. [Wallahu Wa A'alam - Allah SWT is the Best Knower.]
line1

Friday 19 August 2011

Lawak Bukan Sebarang Lawak...


LAWAK... LAWAK... BUKAN SEBARANG LAWAK...

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca nota ini...3 minit je, tak lama pun. Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... 

Bayangkan ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam, tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. 
 
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat" kedua2 lelaki tersebut beredar.

So, bagaimana? adakah anda rasa LAWAK dgn cerita di atas... selain terhibur anda Fikirkanlah... 
 
"LAWAK kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "... 
 
"LAWAK kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." 
 
"LAWAK, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." 
 
"LAWAK kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar, majalah, internet daripada apa yang tercatit dalam AL-QURAN"...
 
"LAWAK kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" 
 
"LAWAK, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih LAWAK lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur LAWAK JENAKA dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama... LAWAK kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti...

... tapi yg PALING LAWAK sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
Wallahu'alam… Sebarkan sbg peringatan sesama insan...

Tuesday 9 August 2011

Roh Di Bulan Puasa

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. 
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.   Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. 
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.   
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.   
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.   
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. 
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.