Sunday 19 December 2010

Blogger's Santai Di Ice Room

Sebaik terbaca di blog 'Bersama Mazidul' akan diadakan pertemuan blogger's di Ice Room, Kota Damanasara pada 18hb Disember jam 9 malam, hati terdetik untuk turut serta.

Lagipun akibat berblogging dan internet marketing saya memang dah lama tak keluar rumah. Once in a while nak kena release tension jugak! Nantikan air naik ke kepala susah pulak!!

Bloggers pun bukan senang nak jumpa! Masing2 sibuk dengan tugasan...sama ada full time atau part-time blogger...semuanya busy! Tambah pulak kalau yang bekerja makan gaji...tak kiralah gaji kerajaan atau gaji private...yang penting semua nak cari duit. Tidak tu nanti miss soru pulak...especially yang duduk KL.

Nak pergi petang tu pun dah ada halangan. Mula2 4WD tak boleh start sebab dah lama tak jalan...bateri kapuk! Pastu wife bagitahu Proton lak lampu tak nyala! Nasib workshop tak tutup lagi! Bila mekanik check....cuma wayar ke fius tertanggal. Maklumlah model lama...kalau anak dara...dah sah dapat title dara tua!!!

Dalam traffic jam kat Submit USJ...lampu petrol lak bagi warning! Redah aje...nasib baik boleh sampai stesyen minyak kat PLUS highway Damansara.
 
Exit tol Kota Damansara gabra juga nak cari Ice Room. Nasib baik ingat land mark dekat Giants. Pakai redah aje....tup tup nampak bangunan hijau tertulis 'ICE ROOM'. Nampak orang ramai sangat kat depan tu... pirau kereta ke belakang bangunan. Hehehe....kereta dah veteran...kena letak jauh2 sikit!

                                       (Photo ini kidnapped dari blog 'Bersama Mazidul - sorry bro!)

Trademark saya ialah adventure...seluar celoreng dan T-shirts Gapis masa bawa grup facebook pergi camping dulu...senang bloggers nak kenal! Kalau ikutkan bro Mazidul...dia minta bloggers pakai tag nama. Tapi kalau pakai tag nama kecik susah juga! Kena bloggers lelaki tengok kat dada bloggers pompuan... nantikan disalah erti lak!!

Anyway bila kenalkan diri....Mazidul sambut mesra kehadiran 'Gapisman' and 'Jungle Chef'. Terima kasih banyak bro Mazidul...you're very nice and friendly to us.



Layanan mesra owner ICE ROOM, Datuk Razali dan wife Datin Faridah...membuatkan terasa nak camping situ sampai pagi. Nasib baik camping gear tak bawa berasama....! Kehkehkeh...!!!

Nice to get to know you Datuk and Datin. Pastu leka berbual dengan blogger Zaini dan Encik Shamsul Liani dari TV3...kopi 'o' panas dah jadi sejuk!



Bloggers lain saya minta maaf ya...tak sempat nak kenal mesra...! Sape2 yang dapat visiting card instant saya, please get in touch atau lawat2lah ke blog saya...rusliesophian.blogspot.com or rusliesophian.com atau gapis4wd.blogspot.com. 


Tengok bloggers lain order ice cream...rasa teringin jugak!! Tapi kalau malam hari makan ice cream... nantikan lain pulak jadinya. Lagipun saya kalau dah makan...boleh lupa kawan dan kalau dah bersembang boleh lupa makan!

Yang penting try to get to know all bloggers yang hadir. Tidakkan nanti kena chop 'sombong' lak! Tapi saya tak sombong...muka aje nampak bengis!



So goes to bro Mazidul. Tak caya...tengok gambar kat atas tu...!! Very friendly...talkative dan suka berlawak.




10 comments:

  1. Salam en Ruslie Sohian..

    Selamat berkenalan.. walaupun tak dapat nak berborak secara dekat. Atau mungkin cuma sempat bertukar senyuman dengan wife en. Ruslie.

    ReplyDelete
  2. Salam jua Bang RUSLIE, tak sempat kita berborak2 malam itu, tapi saya rasa senyum pun memadai buat permulaan, kan?

    Terimakasih kehadiran memeriahkan...

    Pasti ada lain kali. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam tuan,
    rasa teruja jumpe tuan malam tuh,
    tapi tak sempat berborak lama..

    ReplyDelete
  4. hehehe~

    ku segan2 mahu tegur..

    senyum dari jauh je~

    selamat kenal, dan ya, Uncle suka outdoor activities ya?

    bleh geng pasni~

    wee~

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan...

    Gapisman tu merujuk kepada Kg Gapis kat Padang Rengas tu, ke??? Kakcik tahu Kg Stor je... :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih AzMask atas sudi kunjung blog ini. Selamat kita berkenalan dan selamat berblogging. Maaf lambat jawab kerana tak perasan ada komen kat blog nie...maklumlah sibuk sikit dgn blog2 lain dlm usaha jana duit.

    ReplyDelete
  7. Insya-Allah lain kali jumpa kita boleh borak2. Thanks AzieAzah lawat blog saya.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih jinkamen. Saya juga seronok dan teruja dapat jumpa kawan2 blogger. Lain kali jumpa kita sembang panjang.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Lord Zara sudi lawat kat sini. Hidup uncle mmg byk terlibat dlm aktiviti outdoor. Okay....no problem kita boleh geng...nak masuk hutan pun boleh.

    ReplyDelete
  10. kakcik org Padang Rengas juga ke?? Tapi nama gapis saya ikut nama pokok kat dalam hutan dan juga kebetulan dusun durian saya kat Kg. Gapis, Slim River.

    ReplyDelete