Friday 5 August 2011

Hari Ke5 Berbuka Puasa

Syukur...dah lima hari kita berpuasa. Aku selepas berbuka tadi terus sholat Maghrib dan sekarang lepak-lepak depan laptop melihat-lihat apa yang patut dibuat.

Sebenarnya memang banyak kerja nak buat. Tapi kadang-kadang membuatkan kita tak tahu yang mana harus didahulukan dan mana yang patut dikemudiankan. Itulah agaknya pentingnya self management!

Maka bagi mempastikan semua urusan kerja (blogging dan internet marketing) tersusun, aku terpaksa sediakan jadual senarai harian. Cara ini kerja kita lebih tersusun dan teratur. Taklah main redah aje...!!

Malam ini aku terpaksa ponteng terawih kerana badan terasa amat lesu. Dahlah malam kelmarin tak pergi kerana perut meragam. Tapi syukur daripada malam pertama tiga malam turut-turut aku dapat terawih. Terasa seronok, tenang dan tenteram diri ini.

Harap-harap malam besok hingga ke akhir Ramadan tak akan ada apa-apa gangguan dan halangan untuk aku mengerjakan terawih. Bagi mengelakkan gangguan itu, semua majlis berbuka puasa di rumah kawan atau di hotel aku terpaksa tolak.

Maafkan kawan-kawan semua. Tiba Syawal nanti kita boleh kembali kepada rutin biasa. Tapi lepak-lepak di kedai mamak atau di kopi bean aku tak suka. Dah lama dah aku tinggal hobi itu. Banyak masa terbuang....!!

Kita lepak di SOHO aku banyak perkara yang boleh kita buat. Wokay...kita jumpa lepas Ramadan!

No comments:

Post a Comment