Monday 27 December 2010

Masuk Senja Setan Bermaharajalela

Kata orang-orang tua bila masuk waktu Maghrib setan akan bermaharajalela. Dalam remang-remang cahaya ketika matahari terbenam dan beduk mula berbunyi...ketika inilah setan-setan mula 'memainkan' peranan. Kalau boleh tinggalkan apa kerja yang sedang dilakukan dan mulakan langkah ke sungai...perigi atau bilik air untuk berwudhu dan bersedia solat Mahgrib.

Ketika sedang memandu juga sebolehnya cari perhentian dan berhentikan kereta seketika sehingga matahari sudah terbenam. Seelok-eloknya kerjakan solat meskipun terpaksa berwudhu dengan air botol mineral aje.

Memandu pada ketika ini banyak dugaan dan risiko. Tanpa disedari timbul kelalaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Di atas kelalaian ini juga menyebabkan kesemua blog wordpress saya terdelete daripada database petang tadi. Ini kisah benar yang menimpa diri sendiri. Kerana tidak endahkan laungan azan daripada surau berhampiran rumah dan asyik leka nak naikkan satu blog baru dekat cpanel...tiba-tiba jari ini tertekan pada 'remove blog' dan sepantas itu semuanya padam!!!

Bila dihubungi webhosting, memang sah kesemua 10 blog wordpress saya padam...deleted!!! Sekarang usaha sedang dilakukan untuk recover balik dari database dan saya dikenakan bayaran sebanyak US$15.00.

So pengalaman ini memberikan saya ingatan lain kali berhenti kerja bila dengar azan Mahgrib!!   

No comments:

Post a Comment