Thursday 30 December 2010

Tahniah Harimau Malaya

Akhirnya pasukan bolasepak kita berjaya membenamkam pasukan Indonesia dengan agregate 4-2 dalam kejuaraan Piala AFF Suzuki di Stadium Senayan, Jakarta.

Memang satu tugas yang berat bagi pasukan Indonesia selepas ketinggalan 3 - 0 di Stadium Bukit Jalil sebelum itu. Maka ketibaan pasukan Malaysia 2 hari sebelum perlawanan, provokasi demi provokasi dilakukan oleh peminat-peminat bolasepak Indonesia dalam usaha melemahkan pasukan Malaysia.

Sehinggakan ini mungkin satu sejarah dunia dalam arena bolasepak apabila pasukan Malaysia dibawa masuk ke Stadium Senayan dengan kereta kebal. Ini boleh masuk dalam Guinesse Book of World Record. Pekik sorak peminat-peminat mereka dengan pancaran laser ke muka penjaga gol kita dengan harapan pasukan mereka dapat membenam pasukan kita. Tetapi kesudahannya mereka hanya menang 2 -1 dan mengikut kiraan agregate mereka tewas dan untuk kali ke lapan piala ini Malaysia juara!!

Ketibaan balik pasukan kita disambut meriah di KLCC dengan pengistiharan cuti umum besok. Itu tak termasuk lagi dengan ganjaran yang akan diterima mereka. Pihak media juga cukup memberi liputan.

Jadi bila bercakap pasal liputan media ni...saya cuma berharapkan pemain-pemain kita tidak dibuai oleh keglamouran diri. Nantikan bila dah rasa diri tu mula glamour....mainan pun hancur!!!

Ini dah banyak terjadi pada ahli-ahli sukan kita sebelum ini. Liputan hebat media...diri glamour...mainan hancur!! 

1 comment:

  1. salam kenal dari saya. saya dtg dari info mengenai ice room. jom tukar link, cerita dan pendapat. sudi2 le follow saya plak eh.

    bila dah jadi geng alam maya nnt, teringin nak wat pertemuan blogger di ice room...

    ReplyDelete